Wednesday, December 10, 2008

Segala perkara itu bergantung kepada tujuannya

KAEDAH PERTAMA

Segala perkara itu bergantung kepada tujuannya

Maksud kaedah ini ialah amalan dan tindakan seseorang samaada perbuatan mahupun perkataan, maka natijah dan hukum syaraknya berbeza dengan sebab berbeza tujuan amalan seseorang dan tindakannya.

Ataupun maksudnya, hukum-hukum syarak dalam perkara dan urusan manusia akan terbentuk berdasarkan tujuan atau niat disebaliknya. Kerana kadangkala seseorang itu melakukan pekerjaan yang tertentu, kemudian apabila dia melakukan kerja yang sama juga dengan tujuan yang lain.. maka akan wujudlah satu hukum yang lain pula.

Matlamat terpenting disyarakkan niat adalah

  1. Membezakan amalan ibadat dengan amalan adat
  2. Membezakan tingkatan ibadat antara satu sama lain

Mandi adakala bertujuan untuk menyejukkan badan atau membersihkan anggota tubuh dan adakalanya bertujuan ibadat.

Duduk dalam Masjid adakalanya bertujuan menyejukkan badan atau membersihkan anggota tubuh

1 comment:

Anonymous said...

Serius tak faham. Rasanya memang logicla selepas berwuduk rasa sejuk.